Sunday 23 October 2022

Maha Cinta, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

        Dua tiga menjak ni, memang hati rasa galau, sehingga lah Allah izin aku mendengar lagu ini, Perindu Wahyu Tuhan oleh Halim Ahmad. Aku yakin, siapa sahaja sekarang berada dalam keadaan galau, ragu, risau, keliru, bila mendengar lagu ini, pasti pecah empangan air mata dek selama ini tertahan dengan ujian hati, perasaan mahupun ujian kehidupan. 

        Mungkin selama ini kita semakin terpengaruh dengan usaha-usaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu, sehingga terlupa untuk menjaga hati pada yang Satu. Sungguh, tawakal pada Allah cukup indah, cukup nikmat. Dan air mata kerana Allah itu sungguh-sungguh nikmat!


Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman: 

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. 

Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku.” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Klik pautan video di sini

Boleh juga, lalu di ruang komen video youtube ni, disitu kita dapat lihat banyak luahan2 hati  

& betapa luas aspek, lagu ini telah menyentuh hati2 hamba2 perindu wahyu Tuhan


        Jujur aku terasa bodohnya diri bertindak mengikut perasaan/terikut-ikut dengan perasaan sebelum ini. Sehinggakan kita rasa ada yang tak kena. Something wrong somewhere. Tapi syukur, Allah titipkan lagi rasa nikmatnya kembali padaNya. Rasa ini perlu dicari, rasa ini perlu dijaga.

        Sebaiknya masa yang ada digunakan untuk membangun hati, membangun diri. Kita sedar akan kekurangan diri, dan sekaranglah masa untuk perbaiki & berusaha menjadi lebih baik. Aku pesan ini benar-benar untuk diri. 


        Rezeki. Rezeki Allah itu sangat luas & rezeki Allah itu dalam pelbagai bentuk. Kesihatan, keluarga yang baik, punya tempat tinggal & makanan untuk dimakan setiap hari, kereta untuk bergerak menuju destinasi dan pelbagai lagi termasuk urusan jodoh. Apabila berkaitan urusan rezeki, yakinlah, 

Rezeki tak pernah cepat, tak pernah lambat

Rezeki akan datang pada waktu yang tepat

Rezeki tak pernah salah alamat


        Jadi, apa yang kita harus lakukan sekarang, jaga lah hubungan dengan Sang Pemilik Hati, Pemilik Rezeki. Kalau benar dia yang Allah takdirkan terbaik untuk diri kita sejak di Luh Mahfuz, pasti akan tiba juga saatnya nanti. Jika tidak, walau digenggam erat bagaimana pun, pasti terlepas jua... jadi usaha & semai keyakinan dengan cara Allah redhai..


Indikator menjalani ujian kehidupan:

Walaupun apa pun nikmat atau musibah,

Jika ianya mendekatkan kita pada Allah, maka ia nikmat,

Jika ianya menjauhkan kita pada Allah, maka ia musibah.




Tuesday 12 May 2020

Uwais Al Qarni Terkenal di Langit



Uwais Al-Qarni merupakan insan yang dicintai Allah dan dijanjikan syurga buatnya. Beliau tidak dikenali di dunia tapi terkenal oleh penduduk langit. Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda. Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).

Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra). MasyaAllah, dua sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah saw dimana jasa perjuangan mereka yang besar bersama-sama nabi pun, disuruh meminta Uwais al-Qarni mendoakan keampunan buat mereka. Hebat sungguh Uwais al-Qarni di sisi Allah. Seperti kita ketahui, Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra merupakan 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Allah swt.

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya. Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. 

Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat. Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah.

Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’.

Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.  

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu.

Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal.

Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.  

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg.

Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji.

Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.

Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja.

Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?” Uwais Al-Qarni menjawab:“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi:“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”Uwais Al-Qarni menjawab:“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.

”Ibunya berkata lagi:“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”Uwais Al-Qarni berkata:“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan.

Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”Ibunya menambah:“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu.

Ibu perintahkan engkau berdoa.”Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.  

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya.

Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak.

Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya.

Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa.

Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.  

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad.

Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila.

Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.



Wednesday 3 February 2016

Mengatasi Sikap Suka Bertangguh








                    Yeppp!! Behubungan dengan post sebelum ni, nin dia... (bak kata oghang kedah), cara mengatasi Sikap Suka Bertangguh. Basically, cara atasi ni senang ja... kau cari punca dia apa, then kau buat benda yang berlawanan dengan dia. Contoh, Kau suka bertangguh, then cara atasi dia, tak payah lah bertangguh! Hahaha ingat lawak? hehe... Ada tips-tips dibawah akan terangkan lebih detail.


Buang perasaan rasa diri ini tidak cukup bagus
Mereka yang mementingkan kesempurnaan akan rasa diri mereka tidak cukup bagus untuk menghasilkan kerja yang sempurna. Ada dua masalah dengan pemikiran begini, pertama perasaan diri mereka yang tidak cukup bagus, dan kedua, menghasilkan kerja yang sempurna. Kedua-kedua boleh merobak keyakinan diri seseorang. Saya dapati cara terbaik mengatasinya ialah dengan sentiasa berkata pada diri anda ayat ini “Saya akan melakukan yang terbaik dengan apa yang saya ada, akan meletakkan masa dan tenaga untuknya dan saya percaya ia akan mencukupi”. Fokus pada siapkan kerja bukan kerja yang sempurna, insyaAllah ia akan dapat di atasi dan lama kelamaan ia membantu meningkatkan keyakinan diri.        
Jangan kejar kesempurnaan, tetapi kecemerlangan.
Kesempurnaan dan kecemerlangan adalah perkara yang berbeza. Kesempurnaan menyebabkan kita takut melakukan kesilapan manakala kecemerlangan pula menerima kesilapan sebagai satu pembelajaran. Jadi jangan takut buat silap, siapkannya dahulu kemudian perbaiki.   
Letakkan had masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Setiap tugasan kalau tidak diletakkan had masa untuk disiapkan, akan berlanjutan sampai bila-bila. Terdapat satu hukum yang dinamakan Hukum Parkinson yang mengatakan “tempoh menyiapkan sesuatu kerja itu akan memakan masa selama masa yang diberikan”. Jika anda beri diri anda satu hari untuk siap kerja yang boleh disiapkan satu jam, maka dalam satu harilah ia akan disiapkan. Jadi tetapkan had masa dan lakukan sedaya upaya anda untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh tersebut.   
Jangan kelirukan angan-angan dengan matlamat.
Angan-angan sangat goyah sifatnya. Ia hanya memikirkan pencapaian indah tanpa sebarang asas kukuh untuk menyokongnya. Saya tidak salahkan angan-angan. Ia sebenarnya penting untuk kita bentuk impian. Buat angan-angan setinggi mungkin tetapi cepat-cepat tukarkan angan-angan itu kepada matlamat. Matlamat sifatnya lebih kukuh kerana anda telah meletakkan asas di bawahnya. Asas-asas itu ialah mengenalpasti di mana anda sekarang, apa yang anda perlu lakukan dan perkara-perkara yang perlu di atasi demi mencapainya.   
Elakkan dari memikirkan hasil yang buruk
Apabila anda melakukan sesuatu kerja, ia boleh melemahkan motivasi anda jika di fikiran anda fikir hasil kerja anda ini akan ditolak, mendapat markah rendah, dikritik dan sebagainya. Jangan berfikiran begitu kerana ia akan menyebabkan anda menangguhkannya kerana tidak sanggup mendapat hasil sebegitu walhal ia cuma di fikiran anda. Fikirkanlah hasil yang terbaik (bukan sempurna) yang anda boleh hasilkan.
Latih sentiasa buat keputusan sendiri
Elakkan dari teragak-agak membuat keputusan walaupun dalam ragu-ragu. Keraguan berlebihan membawa pada sifat berlengah. Kadang-kala membuat keputusan juga menjadi masalah untuk perkara mudah seperti apa hendak makan atau aktiviti apa hendak dilakukan pada hujung minggu. Akibatnya kita menyerahkan keputusan pada orang lain.  Dengan melatih diri membuat keputusan walaupun untuk perkara yang remeh, secara tidak langsung kita meletakkan kepercayaan pada kebolehan kita menilai tindakan selanjutnya tanpa keraguan.

credit article to : http://www.capaimatlamat.com/2012/05/07/mengatasi-tabiat-suka-berlengah/
ayoh, seeeemangat!!


Sekian :)




Kenali Punca Sikap Bertangguh




                    Alhamdulillah, pertama sekali bersyukur kepada Allah atas peluang kehidupan pada pagi ini, untuk melakukan yang terbaik berbanding hari semalam. Berbesar kesyukuran atas segala apa jua nikmat kurniaan Allah sama ada yang kita minta atau pun tidak namun dengan rahmat dan kasih sayang Allah masih memberi yang terbaik buat kita tanpa kita tahu kesemuanya.


Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda, 
“Setiap tulang dan persendian badan dari kamu ada sedekahnya; 
setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, 
setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, 
setiap amar ma’ruf adalah sedekah, dan setiap nahi munkar adalah sedekah. 
Maka, yang dapat mencukupi hal itu hanyalah dua rakaat yang dilakukannya dari Shalat Dhuha.” 
(HR Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud).


yuk, solat dhuha teman-teman! :)


                    Allright, now jom back to the topic. Sebenarnya aku sedang google untuk benda lain, tapi terjumpa article ni, and i am the one! hu hu hu (nangis tak berlagu). Dan apa punca yang dikatakan semua betul pada diri aku, itu yang membuatkan aku nak repost kat blog aku for future reference.


1. Terlampau mementingkan kesempurnaan
Orang jenis ini mahukan segala apa yang dilakukan menjadi dengan sempurna. Ini membuatkan mereka takut untuk mula atau menghabiskan sesuatu tugasan kerana risaukan hasilnya kurang dari sempurna. Kesempurnaan yang dicari itu kerapkali tidak realistik. Mereka meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hasil kerja mereka kerana mahu membuktikan kebolehan mereka pada orang lain tetapi malangnya, kerana harapan mereka terlalu idealistik tiada apapun yang berjaya dibuktikan kerana sikapnya asyik menangguh sahaja.
2. Terlalu banyak berangan
Orang sebegini mahu kerja senang. Segala kerja yang sukar akan segera ditolaknya. Mereka ini suka memberi idea tetapi tidak mampun melaksanakannya. Apabila mereka sedar yang demi mencapai apa yang mereka mahu memerlukan usaha, mereka akan melengah-lengahkan usaha itu kerana mahu mengulit fikiran mereka dengan fantasi. Orang seperti sentiasa mengharapkan bulan jatuh ke riba mereka tanpa sebarang usaha gigih.
3. Risau tidak kena tempat
Tabiat suka berlengah ini boleh dikaitkan dengan sikap risau yang tidak kena tempat. Mereka perlukan kepastian dalam segala apa dikerjakan. Kalau ada keraguan, mereka jadi takut untuk membuat keputusan dan bimbang akan hasilnya. Akibatnya mereka akan berlengah dalam memberi kata putus. Ada kalanya mereka mengelakkan dari menyiapkan sesuatu projek kerana begitu takut dengan ‘perubahan’ yang mungkin berlaku setelah ia disiapkan.
4. Bukan tanggungjawab mereka
Seseorang akan cenderung untuk berlengah-lengah apabila mereka rasa mereka tidak patut buat kerja itu. “Ini bukan kerja aku, kenapa aku perlu buat” kata mereka. Dengan berlengah, ia adalah cara untuk mereka memberontak seolah-oleh tugasan itu satu paksaan.
5. Gemar bekerja di waktu kecederaan
Ini jenis orang yang suka ‘last minute’. Kata mereka kerja waktu akhir ini membuatkan mereka lebih kreatif dan bersemangat untuk siapkan kerja. Walau apapun alasan mereka, apa yang pasti mereka ini suka mengambil risiko yang sebenarnya boleh dielakkan. Di kalangan pelajar sikap ini amat berleluasa: peperiksaan lagi 2-3 hari baru hendak buka buku mengulangkaji pelajaran.
6. Masalah mengutamakan kerja
Si pelengah ini jenis yang susah berkata ‘tidak’. Mereka menghadapi kesukaran memilih tugas mana yang perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan. Kalau boleh semuanya hendak dilakukan sekarang tetapi kerana tiada fokus, tiada satu pun diselesaikannya. Semuanya separuh jalan. Pengurusan masa mereka juga tidak teratur.

Okeh, jom cobe takmo jadi si penangguh ni!
credit info to : http://www.capaimatlamat.com/2012/04/30/6-jenis-tabiat-suka-berlengah/ 
Untuk cara mengatasi sila jengah next post ye!






Wednesday 11 November 2015

Erti Hidup pada Memberi


          Pagi tadi aku memberontak, aku tahu aku perlu tenang memikirkan hikmah disebalik kejadian ini, tapi aku biarkan hati aku memberontak bertanya, kenapa Allah aturkan perkara tadi? Pagi tadi cuak muka aku pusing tempat duduk belakang tengok terjatuh bungkusan-bungkusan bihun goreng yang kakak aku amanahkan letak di office untuk rakan sepejabat aku membeli. Reaksi aku masa tu.. "Habislah aku..". Aku sangat gelabah untuk fikir solution seterusnya. Tapi aku cuba relax, sampai parking nanti baru tengok keadaan bihun tu macam mana.

          Sampai ja tempat parking, memang aku gelabah. Bihun-bihun goreng tu semua terbalik, habis dekorasi hiasan kakak aku buat atas bihun goreng tu. Aku pun tak sanggup nak jual kat orang benda yang hmm macam tu. Semua bihun ok, ada sikit terkeluar, cuma bila dah tunggang-terbalik... that time aku fikir.. "Masaklah aku...". Dengan rasa tak sanggup nak jual kat orang, aku 50-50 nak jual ka atau bagi ja kat orang untuk habiskan bihun tu. Tak apa lah, dalam tren nanti aku fikir. Itulah aku suka bertangguh dan lari dari masalah!

          Nak naik tangga menuju KTM Batu Caves tu, mesti semua orang dah kenal sorang pakcik India ni, selalu tidur bawah jejantas dan akan tunggu awal setiap pagi untuk mintak derma. Selama sebulan aku keluar masuk KTM tu, seingat aku sekali ja aku sedekah kat dia. Lepas tu aku tak derma sebab aku nampak dia merokok. Sakit hati tengok dia bakar duit macam tu. Tapi bila fikir balik aku tak boleh hukum dia macam tu, selagi tiada usaha aku untuk tanya reason dan betulkan dia, selagi tu aku takda hak nak judge dia, mungkin itu saja nak tenangkan dia hidup merempat sebatang kara, who knows? Dan pagi tadi aku berhenti bagi dekat dia 2 bungkus bihun, excited nya dia dapat dan terus makan. Rasa bersyukur dapat bagi dia makan atas dorongan hati dari Allah.

          Apabila dah masuk tren, aku mula berfikir semula. Dan inilah hikmah Allah nak ajar aku. Aku minta maaf  Ya Allah, pagi tadi bila Engkau benarkan situasi tadi berlaku, aku lantas bertanya, "Kenapa Engkau aturkan sebegini?"...Allahu Allah... tiada ujian yang Engkau berikan kepada hamba melainkan untuk kebaikan hamba itu sendiri... Engkau mahu aku bersedekah, Engkau mahu aku isi perut-perut yang lapar melalui aku, Engkau mahu aku gembirakan mereka yang Engkau pilih di pagi ini. Dan sekali lagi Engkau sayang kepadaku, lalu Engkau tegur aku yang sudah lama tidak bersedekah. Allah.. Sejak pindah Selayang, tiada lagi aku jumpa peminta sedekah melainkan pakcik India itu seorang. Tapi, kepada dia pun aku sudah tak bersedekah.


          Sampai KTM aku bagi dekat abang-abang jaga tiket kat KTM tu. Suatu perasaan yang manis bila memberi dan membuat orang tersenyum. Keluar KTM, aku menuju dekat seorang aunty tua sedang menyapu di tempat parking.

Aku sapa dia dengan senyuman.

"Morning aunty, sudah makan?".

"Belum..", jujur dia jawab.

"Saya nak bagi bihun goreng sikit ni...ambil lebih takpa....cukup aunty? ada kawan2 lagi..?".

"Ada 3 orang...cukup cukup, ini 4 sudah cukup...".

"Okay aunty.." saya senyum dan pergi.

"Thank you aaa.." dialek aunty tu dalam Tamil.

Sekurang-kurangnya Allah pilih aku sebagai perantara untuk bagi breakfast untuk aunty yang belum makan lagi tu..untuk hari ini.

          Kemudian aku tengok ada lebih kurang banyak lagi bungkusan. Aku bagi dekat aunty jaga parking. Aku tanya dia ada berapa lagi kawan dan bagi kesemuanya.

 "Betul kaa ni adik? tak kena bayar kaa?..", Dia terkejut.

"Tak pa aunty, saja pagi-pagi kasi makan..", aku senyum.

          Kemudian aku bagi lagi kat pak guard tengah merokok tepi jalan. Didik hati jangan judge orang tapi berakhlak. Bungkusan-bungkusan terakhir aku beri pada pak guard TM. And last tinggal lagi 2 bungkus, cukup lah tinggal untuk aku lunch nanti. Bila aku total, 17 bungkus dah aku edarkan, kalau jual tak tahu habis ke tak...haha...aku risau sebenarnya, sebab aku quite perfectionist, 1 part presentation bihun tadi dah tak cantik, second, kakak aku masak awal then bihun tu aku makan tadi pun dah sejuk. Kita nak jual mesti lah the best. Sorry kakak, aku cuba bercakap jujur dengan hang walaupun aku takut dengan kegarangan hang. Semoga Allah pelihara hubungan kita adik beradik walau apa jua berlaku...Nampak tak doanya di situ? hukhukk...

          Erti hidup pada memberi. Sebab apa, sebab masa mati nanti, pada hari pembalasan, kita hanya mendapat, mendapat dengan apa yang kita dah lakukan di dunia ini. Mendapat nikmat syurga atau azab neraka.

          Dan tadi aku mula berfikir, pak guard cleaner dan segolongan dengannya adalah golongan yang perlu dirai dan di hormati. I say to you, jaranglah nak jumpa pak guard and cleaner yang tak senyum masam muka. Ada tapi jarang! Sebab mereka miliki sifat rendah diri, sifat yang perlu ada bagi settiap hamba Allah. Aku fikir its nice kalau ada 1 minggu tu, hari meraikan mereka-mereka ni. Bagi breakfast percuma pun cukup lah. Isnin breakfast percuma untuk guard. Selasa cleaner. dan sebagainya. Boleh jadikan aktiviti NGO Nisa' ni! Dan boleh menuntut dengan NGO macam Weekenders, Nasi Lemak Project, n Dapur something aku tak ingat NGO femes tu, femes perintis beri makanan kepada gelandangan. Dan aku yakin, orang-orang bergaji besar pun nak menyumbang untuk program charity macam ni. InsyaAllah.

          Yang penting, niatkan dalam hati untuk memberi bermula setiap pagi. You know what, aku pernah terniat aku nak bagi makanan kat pakcik India kat KTM tadi tapi tiada kesempatan. Bak kata sahabat aku, "Niatkan sahaja perkara yang baik-baik, insyaAllah Allah akan makbulkan dengan apa jua cara.".

          Lagi satu, aku pernah terbaca cara menjemput rezeki, salah satunya dengan cara bersedekah pada awal pagi. Jadikan amalan memberi dahulu setiap pagi.

InsyaAllah...




         

Monday 19 October 2015

~ Anak Muda yang Matang ~




Siapakah golongan muda yang dikagumi Allah ?


قال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل ليعجب من الشاب ليست له صبوة.
 Ø±ÙˆØ§Ù‡ الإمام أحمد


Rasulullah saw bersabda:

`Sesungguhnya Allah Azza wajalla kagum kepada
pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah’.
(Hadith riwayat Imam Ahmad) 

Sobwah di sini membawa beberapa maksud ;
1- Bersifat kebudak-budakan dan tidak matang
2- Suka buang masa dan tidak mahu ambil tanggungjawab
3- Suka mencari perhatian orang
4- Tidak mampu mengawal emosi dan perasaan sehingga boleh menimbulkan kesan buruk kepada diri sendiri atau orang lain.

Ringkasnya, Allah swt mencintai dan mengkagumi anak-anak muda yang matang, bertanggung-jawab, tidak membuang masa dan mempunyai kehidupan beragenda untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Sunday 2 August 2015

Le Cucur...lembut di dalam rangup di luar

Bismillahirrahmanirrahim...

          Hari ni hari isnin. Monday blues orang kata... Walaupun aku grab tudung biru pagi ni, aku tak akan biar hari ini berlalu dengan perkara sia-sia. Cuba jadi lebih baik dari sebelumnya, tingkatkan prestasi dan nilai dalam diri.

Pagi tadi tak sempat nak prepare breakfast sendiri, yang aku fikir kalau aku buat sendiri lagi puas hati. Dan, hari ni pun ada jamuan raya NEPS, department aku, so fikir pagi ni makan yang ringan2 biasa simpan perut untuk makan besar nanti hahaha. Kuih-kuih tak menarik perhatian aku, so try cucur yang akak depan vista tu goreng, rm1 8 ketul, boleh lah nak alas perut. Sampai office, makan. Not bad, sebab walaupun dah agak sejuk, masih lembut di dalam rangup kat luar. Aku suspect mungkin kesan serbuk penaik ke etc. sebab aku takdak benda2 side macam tu. Sebab tu cucur aku buat biasa2 ja...semua benda aku masak asal guna yang basic2 ja. Orang bujang kan, mana nak prepare benda yang pakai sikit2 ni.

          So, sebab aku fikir best kalau aku dapat buat cucur sedap bagi kat kawan :) tapi kena train dulu lah...resepi aku google ni kena rajin cuba and adjust baru tahu sampai mana yang kita mahu.




credit to :  http://www.tiffinbiru.com/2014/11/cucur-bawang-rangup.html