Wednesday 11 November 2015

Erti Hidup pada Memberi


          Pagi tadi aku memberontak, aku tahu aku perlu tenang memikirkan hikmah disebalik kejadian ini, tapi aku biarkan hati aku memberontak bertanya, kenapa Allah aturkan perkara tadi? Pagi tadi cuak muka aku pusing tempat duduk belakang tengok terjatuh bungkusan-bungkusan bihun goreng yang kakak aku amanahkan letak di office untuk rakan sepejabat aku membeli. Reaksi aku masa tu.. "Habislah aku..". Aku sangat gelabah untuk fikir solution seterusnya. Tapi aku cuba relax, sampai parking nanti baru tengok keadaan bihun tu macam mana.

          Sampai ja tempat parking, memang aku gelabah. Bihun-bihun goreng tu semua terbalik, habis dekorasi hiasan kakak aku buat atas bihun goreng tu. Aku pun tak sanggup nak jual kat orang benda yang hmm macam tu. Semua bihun ok, ada sikit terkeluar, cuma bila dah tunggang-terbalik... that time aku fikir.. "Masaklah aku...". Dengan rasa tak sanggup nak jual kat orang, aku 50-50 nak jual ka atau bagi ja kat orang untuk habiskan bihun tu. Tak apa lah, dalam tren nanti aku fikir. Itulah aku suka bertangguh dan lari dari masalah!

          Nak naik tangga menuju KTM Batu Caves tu, mesti semua orang dah kenal sorang pakcik India ni, selalu tidur bawah jejantas dan akan tunggu awal setiap pagi untuk mintak derma. Selama sebulan aku keluar masuk KTM tu, seingat aku sekali ja aku sedekah kat dia. Lepas tu aku tak derma sebab aku nampak dia merokok. Sakit hati tengok dia bakar duit macam tu. Tapi bila fikir balik aku tak boleh hukum dia macam tu, selagi tiada usaha aku untuk tanya reason dan betulkan dia, selagi tu aku takda hak nak judge dia, mungkin itu saja nak tenangkan dia hidup merempat sebatang kara, who knows? Dan pagi tadi aku berhenti bagi dekat dia 2 bungkus bihun, excited nya dia dapat dan terus makan. Rasa bersyukur dapat bagi dia makan atas dorongan hati dari Allah.

          Apabila dah masuk tren, aku mula berfikir semula. Dan inilah hikmah Allah nak ajar aku. Aku minta maaf  Ya Allah, pagi tadi bila Engkau benarkan situasi tadi berlaku, aku lantas bertanya, "Kenapa Engkau aturkan sebegini?"...Allahu Allah... tiada ujian yang Engkau berikan kepada hamba melainkan untuk kebaikan hamba itu sendiri... Engkau mahu aku bersedekah, Engkau mahu aku isi perut-perut yang lapar melalui aku, Engkau mahu aku gembirakan mereka yang Engkau pilih di pagi ini. Dan sekali lagi Engkau sayang kepadaku, lalu Engkau tegur aku yang sudah lama tidak bersedekah. Allah.. Sejak pindah Selayang, tiada lagi aku jumpa peminta sedekah melainkan pakcik India itu seorang. Tapi, kepada dia pun aku sudah tak bersedekah.


          Sampai KTM aku bagi dekat abang-abang jaga tiket kat KTM tu. Suatu perasaan yang manis bila memberi dan membuat orang tersenyum. Keluar KTM, aku menuju dekat seorang aunty tua sedang menyapu di tempat parking.

Aku sapa dia dengan senyuman.

"Morning aunty, sudah makan?".

"Belum..", jujur dia jawab.

"Saya nak bagi bihun goreng sikit ni...ambil lebih takpa....cukup aunty? ada kawan2 lagi..?".

"Ada 3 orang...cukup cukup, ini 4 sudah cukup...".

"Okay aunty.." saya senyum dan pergi.

"Thank you aaa.." dialek aunty tu dalam Tamil.

Sekurang-kurangnya Allah pilih aku sebagai perantara untuk bagi breakfast untuk aunty yang belum makan lagi tu..untuk hari ini.

          Kemudian aku tengok ada lebih kurang banyak lagi bungkusan. Aku bagi dekat aunty jaga parking. Aku tanya dia ada berapa lagi kawan dan bagi kesemuanya.

 "Betul kaa ni adik? tak kena bayar kaa?..", Dia terkejut.

"Tak pa aunty, saja pagi-pagi kasi makan..", aku senyum.

          Kemudian aku bagi lagi kat pak guard tengah merokok tepi jalan. Didik hati jangan judge orang tapi berakhlak. Bungkusan-bungkusan terakhir aku beri pada pak guard TM. And last tinggal lagi 2 bungkus, cukup lah tinggal untuk aku lunch nanti. Bila aku total, 17 bungkus dah aku edarkan, kalau jual tak tahu habis ke tak...haha...aku risau sebenarnya, sebab aku quite perfectionist, 1 part presentation bihun tadi dah tak cantik, second, kakak aku masak awal then bihun tu aku makan tadi pun dah sejuk. Kita nak jual mesti lah the best. Sorry kakak, aku cuba bercakap jujur dengan hang walaupun aku takut dengan kegarangan hang. Semoga Allah pelihara hubungan kita adik beradik walau apa jua berlaku...Nampak tak doanya di situ? hukhukk...

          Erti hidup pada memberi. Sebab apa, sebab masa mati nanti, pada hari pembalasan, kita hanya mendapat, mendapat dengan apa yang kita dah lakukan di dunia ini. Mendapat nikmat syurga atau azab neraka.

          Dan tadi aku mula berfikir, pak guard cleaner dan segolongan dengannya adalah golongan yang perlu dirai dan di hormati. I say to you, jaranglah nak jumpa pak guard and cleaner yang tak senyum masam muka. Ada tapi jarang! Sebab mereka miliki sifat rendah diri, sifat yang perlu ada bagi settiap hamba Allah. Aku fikir its nice kalau ada 1 minggu tu, hari meraikan mereka-mereka ni. Bagi breakfast percuma pun cukup lah. Isnin breakfast percuma untuk guard. Selasa cleaner. dan sebagainya. Boleh jadikan aktiviti NGO Nisa' ni! Dan boleh menuntut dengan NGO macam Weekenders, Nasi Lemak Project, n Dapur something aku tak ingat NGO femes tu, femes perintis beri makanan kepada gelandangan. Dan aku yakin, orang-orang bergaji besar pun nak menyumbang untuk program charity macam ni. InsyaAllah.

          Yang penting, niatkan dalam hati untuk memberi bermula setiap pagi. You know what, aku pernah terniat aku nak bagi makanan kat pakcik India kat KTM tadi tapi tiada kesempatan. Bak kata sahabat aku, "Niatkan sahaja perkara yang baik-baik, insyaAllah Allah akan makbulkan dengan apa jua cara.".

          Lagi satu, aku pernah terbaca cara menjemput rezeki, salah satunya dengan cara bersedekah pada awal pagi. Jadikan amalan memberi dahulu setiap pagi.

InsyaAllah...