Sunday, 3 May 2015

Review Buku 'MOMENTO'

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, 
nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.”
 Surah al-Nahl, ayat 18. 

          Terlalu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan pada diri, hidup mudah tiada melarat, kesihatan, kesempurnaan tubuh badan, kelapangan masa, sungguh tidak mampu aku senaraikan nikmat Allah untuk pagi ini sahaja! 

          Pagi yang redup pada pagi Isnin tanggal 4 Mei 2015, cuti umum perayaan Wesak kot, such an ignorance! Hari ini masuk hari keempat deretan cuti since jumaat hari tu cuti Hari Pekerja 1 Mei. 1 Mei dan 3 Mei tidak tertanggung perasaanku untuk menjelajah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 hashtag #pbakl2015. So, terisi juga hari-hariku yang lepas di samping kelas Network Communication pada 2 Mei antara punca aku tidak dapat pulang meraikan cuti agak panjang ini bersama keluarga tersayang. Hah! Aku okay jer sebenarnya...

          Tapi hari ni, rasa macam kekok sikit tak tahu nak buat apa, nak baca buku-buku baru #pbakl2015,..haish, rasa dah penat aku marathon baca 2 3 hari ni. Mampu menghabiskan sebuah buku itu merupakan pencapaian terbesar dalam hidupku! Wahai~ 
Demi azam baru, seiring dengan kegilaan aku suka beli buku tapi ikut mood bila nak baca, aku set satu cara. Aku kena tulis isi-isi buku yang aku dapat dalam blog ini. Di samping cuba memeberi manfaat pada yang memerlukan, penting sangat untuk diri sendiri yang short term memory supaya dapat review and also as self reminder.

          Pada awalnya tak terfikir pun nak beli buku ni, aku fikir, ish, malas lah nak baca kisah-kisah orang ni, baik aku baca buku ilmiah, boleh mantapkan diri and my self-esteem. Itu aku. Budak nerd yang tidak pernah terfikir pun dari kecil untuk langgar peraturan dan aku suka undang-undang sekolaj! hahaa...Tapi entah, dengan takdir dan izin Allah jua aku beli buku ni, lepas lama juga aku belek-belek buku ni, fikir nanti aku ni nak baca ke tak buku ni, bila je aku nak baca buku ni and so on. Serius, lama jugak brother tu tunggu aku buat keputusan, siap lepas dia dah tulis resit nak bawa ke kaunter bayaran, aku mintak masa nak pi tengok buku-buku lain, padahal aku masih nak fikir, nak beli ke tak buku tu. Kesian brother tu menunggu, aku pun bayarlah di kaunter.

REVIEW BUKU 'MOMENTO'

          Dan...untuk buku pertama aku mulakan bagi mengisi kekosongan waktu cutiku, aku pilih 'Momento'! Rasa malam tu nak baca buku santai-santai...

MOMENTO -karya keempat tarbiyah sentap

           Ada setiap part dalam kisah 5 pemuda admin page Tarbiyah Sentap yang terkesan bagi aku. Cukuplah sekadar aku highlight sikit part-part tertentu, dan banyak, sila pi beli sendiri, serius insyaAllah tak rugi! Kalau tak banyak atleast insyaAllah pasti ada manfaat bagi setiap pembaca yang punya keinginan untuk berubah!

          First, Kisah tentang Ustaz Adnin Roslan. Pergh, agak dahsat beliau pada waktu muda beliau, hehe... Tak tercapai dek akal ku, membaca realiti remaja sepeti itu. Kurniaan Allah ke atas diri aku, sentiasa takut untuk buat kejahatan yang pasti orang tak suka. Eh, lupa! Aku pun ada kisah silam teruk. Aku jenis yang aku nak maksudnya aku nak! tapi tak suka susahkan orang, jadi to be creative, antara cara mudah aku mencuri masa kecik-kecik dulu. Sampai ke tua aku selalu kena ejek dengan adik beradik aku. Padan muka aku! Aku redha ini sebagai antara ujian untuk aku terus berubah. So, aku just act cool dengan depa, lama-lama makin surut perlian tersebut. ---

          Okay sorry2, melalut pulak, patutnya nak cerita kisah ustaz Adnin. Setelah melalui zaman kenakalan itu, sampai satu tahap U. Adnin rasa down merasakan semua orang tak suka dia. Best part, dia belajar sungguh-sungguh dan SPM 9A! mantop! Melihat kisah u. Adnin, aku teringat kawan-kawan lelaki masa aku kat SBP dulu, huish...memang ramailah yang buat kejutan masa ambil result SPM! Padahal sepanjang 2 tahun tu, alahai...tak tahu nak cakap! Depa ni pulun betul-betul last-last minit...hakikatnya, orang lelaki ni memang pandai...memang pandai! tinggal rajin dengan malas ja...dan hakikat belajar itu, apabila sampai satu tahap kita betul-betul bersungguh-sungguh, hati yang ikhlas, memang rasa nikmat dan addict. Rasa best laa senang cakap! Aku dapat rasa terutama masa PMR dulu, aku memang tak pernah khatam buku sejarah, jadi aku bersungguh-sungguh buat latihan sejarah, berbuku-buku aku tukar sebab habis buat latihan, sampai satu tahap baca soalan aku dah tahu jawapan dia sebab dah selalu salah. Tapi, lain sikit laa kisah SPM aku, result tak gempak, tapi Alhamdulillah Allah dah atur perjalanan hidup aku yang mudah dan indah aku rasakan.

          Dan, dari kisah u.Adnin ini juga, Aku jelas~ Bilamana, beliau sambung pengajian ke Mesir dalam pada masa diri yang addict dengan anime, mencari-cari matlamat diri dan tujuan hidup...Tarbiyah! Aku jelas...untuk merasai nikmat DnT yang sebenar, harus cuba paksa diri tanggalkan segala jahiliyyah di badan. Untuk jadi Daei yang sebenar-benar memperjuangkan agama Allah, untuk berdakwah, perlu punya prinsip Islam yang sebenar-benar dan jitu! Perlu tinggalkan semua jahiliyyah itu! 

          Namun, aku tidak nafikan, dakwah itu mengikut cara tersendiri dan juga kreativiti! Ada yang bergaul bergurau senda, ada yang suka jalan merata, ada yang dengan nasihat terus yang membasahkan iman, ada yang serius menegakkan yang haq, semua ikut cara tersendiri. Yang penting, mantapkan Ilmu dan prinsip diri, supaya tidak hanyut terikut dengan orang yang kita cuba dakwahkan dek terlalu mengikut cara mereka.

Maaf, kerana diri ini terlalu lapar...sebab pagi tadi minum Tamar Cocoa ja, saya terpaksa undur diri demi sesuap nasi...huh, insyaAllah, doanya semoaga Allah terus beri inspirasi untuk terus menulis...

-Assalam-














No comments:

Post a Comment