Wednesday, 3 February 2016

Kenali Punca Sikap Bertangguh




                    Alhamdulillah, pertama sekali bersyukur kepada Allah atas peluang kehidupan pada pagi ini, untuk melakukan yang terbaik berbanding hari semalam. Berbesar kesyukuran atas segala apa jua nikmat kurniaan Allah sama ada yang kita minta atau pun tidak namun dengan rahmat dan kasih sayang Allah masih memberi yang terbaik buat kita tanpa kita tahu kesemuanya.


Abu Dzar r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda, 
“Setiap tulang dan persendian badan dari kamu ada sedekahnya; 
setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, 
setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, 
setiap amar ma’ruf adalah sedekah, dan setiap nahi munkar adalah sedekah. 
Maka, yang dapat mencukupi hal itu hanyalah dua rakaat yang dilakukannya dari Shalat Dhuha.” 
(HR Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud).


yuk, solat dhuha teman-teman! :)


                    Allright, now jom back to the topic. Sebenarnya aku sedang google untuk benda lain, tapi terjumpa article ni, and i am the one! hu hu hu (nangis tak berlagu). Dan apa punca yang dikatakan semua betul pada diri aku, itu yang membuatkan aku nak repost kat blog aku for future reference.


1. Terlampau mementingkan kesempurnaan
Orang jenis ini mahukan segala apa yang dilakukan menjadi dengan sempurna. Ini membuatkan mereka takut untuk mula atau menghabiskan sesuatu tugasan kerana risaukan hasilnya kurang dari sempurna. Kesempurnaan yang dicari itu kerapkali tidak realistik. Mereka meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hasil kerja mereka kerana mahu membuktikan kebolehan mereka pada orang lain tetapi malangnya, kerana harapan mereka terlalu idealistik tiada apapun yang berjaya dibuktikan kerana sikapnya asyik menangguh sahaja.
2. Terlalu banyak berangan
Orang sebegini mahu kerja senang. Segala kerja yang sukar akan segera ditolaknya. Mereka ini suka memberi idea tetapi tidak mampun melaksanakannya. Apabila mereka sedar yang demi mencapai apa yang mereka mahu memerlukan usaha, mereka akan melengah-lengahkan usaha itu kerana mahu mengulit fikiran mereka dengan fantasi. Orang seperti sentiasa mengharapkan bulan jatuh ke riba mereka tanpa sebarang usaha gigih.
3. Risau tidak kena tempat
Tabiat suka berlengah ini boleh dikaitkan dengan sikap risau yang tidak kena tempat. Mereka perlukan kepastian dalam segala apa dikerjakan. Kalau ada keraguan, mereka jadi takut untuk membuat keputusan dan bimbang akan hasilnya. Akibatnya mereka akan berlengah dalam memberi kata putus. Ada kalanya mereka mengelakkan dari menyiapkan sesuatu projek kerana begitu takut dengan ‘perubahan’ yang mungkin berlaku setelah ia disiapkan.
4. Bukan tanggungjawab mereka
Seseorang akan cenderung untuk berlengah-lengah apabila mereka rasa mereka tidak patut buat kerja itu. “Ini bukan kerja aku, kenapa aku perlu buat” kata mereka. Dengan berlengah, ia adalah cara untuk mereka memberontak seolah-oleh tugasan itu satu paksaan.
5. Gemar bekerja di waktu kecederaan
Ini jenis orang yang suka ‘last minute’. Kata mereka kerja waktu akhir ini membuatkan mereka lebih kreatif dan bersemangat untuk siapkan kerja. Walau apapun alasan mereka, apa yang pasti mereka ini suka mengambil risiko yang sebenarnya boleh dielakkan. Di kalangan pelajar sikap ini amat berleluasa: peperiksaan lagi 2-3 hari baru hendak buka buku mengulangkaji pelajaran.
6. Masalah mengutamakan kerja
Si pelengah ini jenis yang susah berkata ‘tidak’. Mereka menghadapi kesukaran memilih tugas mana yang perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan. Kalau boleh semuanya hendak dilakukan sekarang tetapi kerana tiada fokus, tiada satu pun diselesaikannya. Semuanya separuh jalan. Pengurusan masa mereka juga tidak teratur.

Okeh, jom cobe takmo jadi si penangguh ni!
credit info to : http://www.capaimatlamat.com/2012/04/30/6-jenis-tabiat-suka-berlengah/ 
Untuk cara mengatasi sila jengah next post ye!






No comments:

Post a Comment