Wednesday, 3 February 2016

Mengatasi Sikap Suka Bertangguh








                    Yeppp!! Behubungan dengan post sebelum ni, nin dia... (bak kata oghang kedah), cara mengatasi Sikap Suka Bertangguh. Basically, cara atasi ni senang ja... kau cari punca dia apa, then kau buat benda yang berlawanan dengan dia. Contoh, Kau suka bertangguh, then cara atasi dia, tak payah lah bertangguh! Hahaha ingat lawak? hehe... Ada tips-tips dibawah akan terangkan lebih detail.


Buang perasaan rasa diri ini tidak cukup bagus
Mereka yang mementingkan kesempurnaan akan rasa diri mereka tidak cukup bagus untuk menghasilkan kerja yang sempurna. Ada dua masalah dengan pemikiran begini, pertama perasaan diri mereka yang tidak cukup bagus, dan kedua, menghasilkan kerja yang sempurna. Kedua-kedua boleh merobak keyakinan diri seseorang. Saya dapati cara terbaik mengatasinya ialah dengan sentiasa berkata pada diri anda ayat ini “Saya akan melakukan yang terbaik dengan apa yang saya ada, akan meletakkan masa dan tenaga untuknya dan saya percaya ia akan mencukupi”. Fokus pada siapkan kerja bukan kerja yang sempurna, insyaAllah ia akan dapat di atasi dan lama kelamaan ia membantu meningkatkan keyakinan diri.        
Jangan kejar kesempurnaan, tetapi kecemerlangan.
Kesempurnaan dan kecemerlangan adalah perkara yang berbeza. Kesempurnaan menyebabkan kita takut melakukan kesilapan manakala kecemerlangan pula menerima kesilapan sebagai satu pembelajaran. Jadi jangan takut buat silap, siapkannya dahulu kemudian perbaiki.   
Letakkan had masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Setiap tugasan kalau tidak diletakkan had masa untuk disiapkan, akan berlanjutan sampai bila-bila. Terdapat satu hukum yang dinamakan Hukum Parkinson yang mengatakan “tempoh menyiapkan sesuatu kerja itu akan memakan masa selama masa yang diberikan”. Jika anda beri diri anda satu hari untuk siap kerja yang boleh disiapkan satu jam, maka dalam satu harilah ia akan disiapkan. Jadi tetapkan had masa dan lakukan sedaya upaya anda untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh tersebut.   
Jangan kelirukan angan-angan dengan matlamat.
Angan-angan sangat goyah sifatnya. Ia hanya memikirkan pencapaian indah tanpa sebarang asas kukuh untuk menyokongnya. Saya tidak salahkan angan-angan. Ia sebenarnya penting untuk kita bentuk impian. Buat angan-angan setinggi mungkin tetapi cepat-cepat tukarkan angan-angan itu kepada matlamat. Matlamat sifatnya lebih kukuh kerana anda telah meletakkan asas di bawahnya. Asas-asas itu ialah mengenalpasti di mana anda sekarang, apa yang anda perlu lakukan dan perkara-perkara yang perlu di atasi demi mencapainya.   
Elakkan dari memikirkan hasil yang buruk
Apabila anda melakukan sesuatu kerja, ia boleh melemahkan motivasi anda jika di fikiran anda fikir hasil kerja anda ini akan ditolak, mendapat markah rendah, dikritik dan sebagainya. Jangan berfikiran begitu kerana ia akan menyebabkan anda menangguhkannya kerana tidak sanggup mendapat hasil sebegitu walhal ia cuma di fikiran anda. Fikirkanlah hasil yang terbaik (bukan sempurna) yang anda boleh hasilkan.
Latih sentiasa buat keputusan sendiri
Elakkan dari teragak-agak membuat keputusan walaupun dalam ragu-ragu. Keraguan berlebihan membawa pada sifat berlengah. Kadang-kala membuat keputusan juga menjadi masalah untuk perkara mudah seperti apa hendak makan atau aktiviti apa hendak dilakukan pada hujung minggu. Akibatnya kita menyerahkan keputusan pada orang lain.  Dengan melatih diri membuat keputusan walaupun untuk perkara yang remeh, secara tidak langsung kita meletakkan kepercayaan pada kebolehan kita menilai tindakan selanjutnya tanpa keraguan.

credit article to : http://www.capaimatlamat.com/2012/05/07/mengatasi-tabiat-suka-berlengah/
ayoh, seeeemangat!!


Sekian :)




No comments:

Post a Comment