Tuesday, 24 March 2015

Mencari Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim...

          Aku tahu hati aku tak tenang, aku rasa yang hati aku tidak tenteram. Dan Aku tahu aku makin menjauh dari Penciptaku, Tuhanku...
        
          Aku jauh, bukan kerna lain, tetapi diri aku, dosa-dosaku maksiatku...lemahnya untuk bermujahadah dengan nafsu sendiri...Leka dengan nikmat kemewahan kelapangan dunia...Juga hatiku masih serabut, kosong. Merangkak aku mencari cinta Illahi...cinta sebenar yang tidak akan mengecewakan malah membahagiakan!
        
          Jari jemari bergerak mencari tulisan menyuburkan iman...

http://ummuayman.blogspot.com/2012/02/allah-ajarkan-untuk-ingat-kepadanya.html

http://mylordallah.blogspot.com/2014/01/haduh-bagaimana-mahu-istiqamah-dalam.html

Aku rindu menangis merintih di hadapan-Mu...


Wednesday, 18 March 2015

Mereka itu sahabat 2


Bismillahirrahmanirrahim...

          Pada aku, setiap kenangan manis dalam jalan dakwah perlu aku paterikan dalam blog ini, walaupun jam menunjukkan jam 1 pagi, dan besoknya sebenarnya aku perlu sedia untuk masak sahur dan bersiap awal pagi ke kerja. Untuk reference aku juga apabila saat rapuhnya diri. Dan inilah manisnya jalan dakwah yang sekian lama tidak aku lalui sejak zaman kampus dulu. Kenangan di mana tahap tawakal dan pergantungan yang amat tinggi hanya pada Allah. Tidak kisah kita tidur pukul berapa, tenangkan diri apabila pernah suatu ketika dahulu kita tidak sempat prepare untuk exam padahal kawan-kawan kita dah siap khatam soalan past year sekali, ulang-alik naik-turun pihak atasan universiti dengan proposal, poster dan lain-lain yang tidak dipersetujui...tapi pada aku, aku ni masih di tahap manja dalam dakwah lagi, sebab kebanyakan test aku sempat prepare, dan aku jarang kena marah dengan pihak atasan universiti dan sebagainya, sebab aku tidak sekental sahabat-sahabat yang lain mahu buat lebih untuk gerak kerja dakwah terus mekar di bumi kampus. 

          Dan apabila aku masuk dunia pekerjaan ini, ada banyaknya juga aku disuap dengan kemudahan dan kelapangan yang kadangkala buat diriku alpa, nafsu membiak mengawal diri mencintai isi dunia, sayangkan diri terutama lebih dari yang lain dengan kata lain terlalu selfish. Benarlah ungkapan hadith Rasulullah saw,


"Ada 2 nikmat yang sering disia-siakan, 
iaitu nikmat sihat dan waktu lapang."
[HR Bukhari]


          Setiap orang pernah merasai nikmat manisnya iman, nikmatnya rasa beribadah kepada Allah, dan apabila hubungan dengan Allah cantik automatik hubungan kita dengan manusia juga akan jadi baik. Kalau kita ada masalah dengan orang, rasa malas nak senyum-senyum, rasa bukan hal aku nak ambil berat pasal orang lain, baiklah, mari kita periksa dan perbaiki hubungan dengan Allah. Jujur, apabila kita jauh daripada Allah kita akan rasa tidak tenang, ada masalah hubungan dengan orang, susah nak bersabar, banyak marah-marah dan lain-lain lagi perkara tak baik. Aku seru diriku dan pembaca, mari kita tundukkan diri sebentar di hadapan Allah, fokus untuk kusyuk yang sebenar-benar dalam solat, dalam hati dan doa merayu pada Allah agar diberikan hati yang sentiasa mengingati Allah, jiwa yang sentiasa merasa dirinya hanya hamba yang hina, hamba yang tidak punya apa-apa melainkan semuanya adalah milik Allah! 


"Ya Allah, Jangan Engkau Biarkan nasib kami 
ditentukan oleh diri kami sendiri,
walau sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih singkat daripada itu..."
[Doa akhir al-mathurat]


          
          Sampai tengah malam tadi Alhamdulillah Allah lorongkan hati aku untuk bantu sahabat buat kerja kawasannya. Allah lorongkan hatiku yang masih mencari kekuatan dalam membangun diri untuk keluar dari jahiliyyahku. Dan apabila aku membantu mereka, tenang hatiku, daripada aku runsing assignment aku yang aku puntak tahu tambah malas nak mulakan. Tidak aku nafikan, sebelum ni ada pernah aku cuba elakkan diri daripada mereka yang kadang-kadang ajak program atau usrah yang aku rasa tidak kait dengan diri lalu aku cari alasan untuk tolak, Allah, jahilnya diri padahal itu semua ilmu. Masa itu aku cuba elakkan diri dari mereka, kalau nak bersua muka untuk senyum pun aku larikan diri, memang masa tu aku bingung tapi mungkin ego dan nafsu memandu diri untuk terus begitu. Hingga saat aku penat untuk berkelakuan begini, aku juga berfikir kena aku tidak suka akan ajakan mereka padahal aku tahu ianya baik, tika itu aku jadi kurang suka dan mahu lari dari mereka, lalu aku fikir kenapa aku perlu berkelakuan begitu sedangkan aku kenal mereka orang baik? Ya, aku tahu aku yang sedang bermasalah, aku perlu tundukkan sikit demi sedikit hatiku pada pencipta dan melangkah kaki semula ke jalan juang agamanya. Perlahan-perlahan. Bina kefahaman. Kerana hanya dengan faham sesuatu perkara seseorang akan istiqamah dengan apa yang dilakukannya. Yang paling penting, cari dan kelilingi diri kita dengan orang baik kerana sahabat sekeliling kita juga menjadi faktor corakkan siapa diri kita.






          Berbalik pada tajuk yang tertera mula-mula di atas, sebenarnya aku nak kongsikan kegembiraan apabila dapat bantu sahabat buat kerja jemaah sama-sama tadi :) Kembali aura positif aku apabila agak lama murung (laa jugak) dengan sikap menyendiri aku dan malas bergaul. Ya, mereka kawan yang baik yang perlu aku hargai. Kalau ada benda yang aku tak suka aku kena fikir semula dan didik diri. Tadi, buat kerja sama-sama sambil main-main DJ buat pilihan lagu-lagu nasyid, hiburan yang mendekatkan kita kepada Allah kerana makna liriknya sendiri, dan aku menjadi diriku dengan senda gurau bersama sahabat...Alhamdulillah...Akan aku didik diri ini menuju redha Allah dalam persediaan sebelum nyawaku dicabut entah bila-bila masa boleh jadinya...


Wallahu`alam ~~~




Sunday, 15 March 2015

Nasyid Parodi


Bismillahirrahmanirrahim...

         
          Sebenarnya petang tadi, sedang merilek-rilek, saya rasa kurang rajin untuk membaca, dok online rasanya banyak masa dah terbuang kat situ sebelumnya itu, jadi saya 'youtube' lagu-lagu nasyid untuk menyemarakkan semula iman yang me-layu. Bagi saya, saya lebih suka melakukan perkara yang memberi faedah untuk pembangunan diri. Dan sekarang baru tahu minat diri ini menjurus ke arah kaunseling dan pembangunan insan, tetapi Allah aturkan perjalanan hidup ini sekarang yang lebih baik berbanding pengetahuanku.

          Yang paling saya tertarik adalah lagu-lagu nasyid hasil parodi daripada lagu-lagu hitz terkemuka tanah air. Iaitu paling famous lagu nasyid hasil gubahan Mr.Bie. Tidak dinafikan, lagu-lagu yang dimainkan di radio-radio tanah air memang tidak dapat disangkal menjadi halwa telinga masyarakat, tetapi adakalanya, mesej dalam lirik tersebut tidak mampu untuk mengingatkan masyarakat kepada Sang Pencipta malahan lebih banyak lagu-lagu yang dicipta menghanyutkan masyarakat dalam cinta manusia. Jadi, salah satu usaha untuk menggubah lagu-lagu pilihan masyarakat kepada lirik yang bermanfaat, mengingatkan kita kepada Allah serta menghidupkan hati, adalah suatu usaha yang perlu diikuti kerana ini juga salah satu usaha dakwah. Kerana dakwah itu fleksibel dan subjektif. Bukan sekadar ceramah-ceramah.


"Kerana dakwah itu fleksibel dan subjektif."


          Lagi sekali, lagu-lagu di radio tempatan ni sedap kot! Tambah-tambah yang masuk carta top 10. Muziknya sedap didengar tetapi sayang...akan liriknya kan? Memang terdapat fenomena, para daie dan pendakwah pun layan sahaja lagu-lagu ni, lagu cintan cintun oleh sebab muziknya. Oleh itu, bagi saya penting untuk ada alternatif untuk menggubah lagu seiring dengan liriknya yang indah berdasarkan fitrah manusia hidup bertuhan. Islam bukan sekadar pada solat, puasa, zakat dan sebagainya, tetapi Islam itu cara hidup seharian kita. Daripada apa yang kita pakai, apa yang kita makan, apa yang kita cakap, apa yang kita dengar dan keseluruhannya. 


"Islam bukan sekadar pada solat, puasa, zakat dan sebagainya, 
tetapi Islam itu cara hidup seharian kita."


          Antara banyak-banyak lagu Mr. Bie, saya selalu mainkan lagu 'Sonata Musim Salju' yang digubah liriknya membawa pendengar untuk menyuburkan kerinduan kepada Rasulullah saw. Serius, agak-agak bila alpa, saya akan dengar lagu ini. Boleh menitis air mata jika benar-benar dihayati. Antara lain, banyak lagi lagu-lagu berunsur dakwah dan isu semasa. Sangat comel dengan kombinasi suara Adik C :) 

Rasulullah :')


          Dan...dah agak lama saya tak update tentang lagu-lagu gubahan Mr. Bie ni. Petang tadi perasan ada lagu baru. Tak pasti samaada saya yang xpernah dengar, tapi rasanya baru ni. hehe. 


Malaikat - yang ini boleh bagi dengar kat kanak-kanak.



Lagu jiwang mana ntah ni digubah berdasarkan isu semasa...muehehe


          Saya teringat akan kata-kata seorang penceramah ni, "Cubalah kita hargai hasil usaha mereka yang menghasilkan lagu-lagu nasyid ni!". Dengar macam garang tak? Ya, sebab penulis page Tarbiyah Sentap yang kata, saya ingat lagi. Hehe. Betul, lagu-lagu nasyid pun tak kurang hebatnya pun sekarang, dengan pengiktirafan antarabangsa seperti lagu-lagu Maher Zain, Farid Sanullah dan lain-lain lagi. Lagu nasyid sekarang pun dah up to date, serius sedap! Kalian boleh search je kumpulan-kumpulan nasyid terkemuka seperti Inteam, UNIC, Devotees, Fetya dan lain-lain. Kumpulan Nasyid yang lama atau telah wujud lama seperti Rabbani, Hijjaz, Raihan, Mestica, Saujana pun masih boleh didengarkan nasyidnya. Hakikatnya, walaupun nasyid-nasyid lama ini macam slow, terlalu nampak nasyidnya, tetapi nasyid begini masih menjadi pilihan kerana lirik dan maknanya lebih menusuk kalbu.



muzik nasyid ni ala-ala jiwang sikit tapi best!



nasyid lama yang menusuk kalbu :')



          Akhir kalam, Allah kurniakan setiap manusia itu dengan kelebihan yang berbeza. So, spread da'wah with your own way! Eh, tulis blog yang bermanfaat juga dakwah taw, dan menjadi saham di akhirat kelak, apabila semua orang berterusan dapat manfaat dari blog kita. 


:)







Haishh, malas giloss!!

Bismillahirrahmanirrahim...

          Malas. Hmmm serius malas ni penyakit yang sangat kronik yang setiap orang pernah alami. Dan sebagai manusia, imannya tidak pernah statik pada suatu takat. Pasti ada naik turunnya. Antara punca yang membawa kepada lemahnya iman seseorang adalah sikap malas! Yang pastinya juga sikap malas ini hasil hasutan syaitan. Iyalah, benda-benda tak baik ni mestilah dari syaitan laknatullah kan! Ehh....tapi tak juga, baru-baru ni aku ada terbaca tafsir ni, nanti rujuk bawah (cer tengok ayat kat bawah kaler merah-merah tu). Haaa, hangpa punyalah dok salahkan syaitan, asal hangpa terbuat benda tak elok jaa, salah setan! Asal hangpa terjerumus ja, salah setan! Hangpa tengok nanti apa setan jawab depan Allah di akhirat nanti.


(Syaitan) yang menyertainya (berkata) :
"Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkan,
tetapi dia sendiri yang berada dalam kesesatan yang jauh."
[Al-Qaf : 27]


           Sebenarnya, bisikan syaitan itu lemah. Sebab dia mampu bisik ja. Yang memilih melakukannya adalah kita. Periksa iman kita. Yang pastinya, kita takkan pernah lari dari dosa kesalahan, iman kita tidak selalu berada di puncak. Ya, mungkin kita akan tersungkur, bangun semula. Dan tersungkur lagi! Pernah seorang penceramah ni berkata, Dosa itu nikmat! Huishh biaq betoi?? Yes, memang betui itu aku biarkan dia. (okay, motip?) Merujuk buku 'La Tahzan' karangan Dr. Aidh membicarakan, Dosa itu nikmat sekiranya disusuli dengan taubat kepada Allah. Serius, orang yang benar-benar merasai nikmat taubat itu, di mana diri yang hina ini hanya ada Allah yang maha pengampun, manis dan tenang saat itu. Sentiasa aku ingat juga kata-kata Ustaz Adnin Roslin penulis page 'Tarbiyah Sentap', lazimilah taubat sebagaimana lazimnya kita berbuat dosa. Setiap kali kita sedar kita melakukan dosa, kita bertaubat dan kembali pada Allah. InsyaAllah, apabila kita melazimi taubat sebaik lepas melakukan dosa, lama-lama malu kita untuk kembali berbuat dosa tersebut. Jangan malu untuk bertaubat, tapi malulah masih mengulangi dosa tersebut setelah bertaubat.

          Huishh, muqadimah aku! niat asal nak tulis pasal malas jaa, Alhamdulillah Allah tambah idea dan ilhamku dalam menulis. Sorry, aku masih baru dalam menulis. Dan aku menulis ni tak ada perancangan langsung, mana pendahuluan ka, isi ka, konklusi ka. Berbekalkan beberapa point daripada pemerhatian aku, aku rajinkan diri untuk membuka laptop, dan membiarkan jari-jemari berboria atas keyboard dengan ilhamnya.

          Aku lihat, dan aku rasa. Malas ini serius menggendalakan setiap aktiviti harian kita. Contoh, nak baca buku, "Sat laa, aku malaih laaa, tak dak mood", tapi hakikatnya, dalam kemalasan itu, boleh pula kita baring sambil scroll laman media sosial kita hingga berjam-jam lamanya! (fb, instagram, twiterrr dan sekutu dengannya). Tak pun tidur berlebihan melebihi waktu tidur seorang bayi ataupun melebihi waktu tidur beruang kutub utara! Allah, jika kita bayangkan, sayangnya masa-masa kita itu kan? Kita sedar akan sesalan kehilangan waktu dan saat itu, tapi segalanya masih terserah pada diri mahu kekal dalam comfort zone yang sama atau jihad mengubah diri. Kerana jihad yang paling besar itu adalah jihad melawan nafsu sendiri, taw!!


"Kerana jihad yang paling besar itu adalah jihad melawan nafsu sendiri, taw!!"


          Perasan atau tidak, kemalasan ini boleh kita semak dengan solat kita juga. Selalunya kemalasan ini membuat kita sering bertangguh melakukan solat dan mungkin kurang kualiti kusyuk. Coba! Antara salah satu tips untuk kembalikan kerajinan kita adalah dengan menjaga solat. Sesuatu yang kita rela ke atasnya tanpa dipaksa melakukannya, pasti kita ringan dan bersungguh dalam melakukannya. InsyaAllah, jika kita betul-betul ambil berat untuk menjadikan solat kita itu benar-benar kusyuk, hanya ada tautan hati daripada hamba yang dhaif kepada Pencipta makhluk dan sekalian alam, ketenangan dan kelapangan hati yang peroleh dari solat, insyaAllah tubuh akan turut ringan mengerjakan perkerjaan lain. Jom check solat kita!


Jom perbaiki solat kita, insyaAllah boleh!


          Nak sentuh berkaitan part bersungguh-sungguh tadi, serius, nak dapat positive value ni bukan kita start time tu, terus dapat time tu. Macam, rajin, kusyuk, berlapang dada dan sebagainya. It takes time! Kalau dapat terus dengan cepat tu bersyukurlah. Dalam dan mencari kusyuk solat juga, actually banyak cara dan tipsdah dibincangkan. Boleh tanya syeikh Google dan tonton rakaman ceramah Pak Ostad dalam Youtube. Ini ada antara common tips kusyuk solat, aku dapat daripada Kelas Penghayatan Solat yang perceramahnya adalah penulis Pak Abu Sangkan, penulis buku 'Kusyuk yang Hilang'. link. Tapi antara cara lain untuk mendapatkan kusyuk sebenarnya, kita didik diri kita untuk beri komitmen melakukan perkara sunat sebelum dan selepas solat. Sebagai contoh, sunnah bersugi atau mandi sebelum solat. Atleast bersugi lah, kita cuba rutinkan. InsyaAllah, kita rasa lebih komited untuk melakukan solat. Bersugi ni nampak simple tapi amatlah menguji untuk dirutinkan secara istiqamah. Selain itu, semai kusyuk juga ketika berwuduk, ketika baca doa selepas berwuduk, yakni berdiri menghadap kiblat sambil menadah tangan (bukan berdoa sambil berjalan dan mulut terkumat-kamit), berwirid dan berselawat selepas solat dan lain-lain lagi. InsyaAllah kita cuba amalkan ya! Saya sendiri masih berjihad ke arah itu :')


"Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua... :)"


          Aku perhati dan aku berfikir. Apabila malas longlai tubuhku, solat penghubungku dengan Penciptaku juga tak menentu. Apabila aku jaga dan berusaha memelihara kualiti solatku yang terbaik, Alhamdulillah, lebih bersemangat dan cergas mengerjakan urusan lain. 

          Dan...satu lagi tips untuk kita pahatkan dalam otak dan minda! Ni haa, ayat quran ni. Untuk kita lebih bermotivasi menjadi mukmin cemerlang, cergas dan cerdas!


"Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), 
tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)."
[Al-Syarh : 7]

Mukmin cemerlang!!


Friday, 13 March 2015

Sorry ya wahai pembaca!

Bismillahirrahmanirrahim...

          Niat aku tulus, aku cuba untuk menulis. Bukan untuk pedoman pembaca, tetapi juga ingatan buat diri yang seringlupa. Serius, aku short term memory! In case of that, sorry lah kalau ada kalian perasan yang post aku sebelum ni banyak tergantung. Mula-mula aku nak menulis, kalau boleh berpuluh-puluh cerita aku nak nukilkan. Tapi entah, time aku nak menulis ja, mukadimah dia...boleh tahan berkembang jugak otak aku! hohoi...lepas tu dah lupa mana motif sebenar aku nak menulis, pastu dah hilang habis semua idea asal, plus cepat pulak otak aku penat nak berfikir. Serius, nak menulis ni pun agak challenging bagi aku yang quite perfectionist ni. Mungkin sesetengah sahabat aku tak perasan akan personaliti aku yang satu ni, sebab aku jenis tak lontarkan apa yang di rasa. Nak post setiap penulisan aku ni dah berapa kali aku edit. Huhu, andai kau tahu.


Tapi, Alhamdulillah, atas rasa ingin menjadikan penulisan ini sebagai sahamku di akhirat kelak, aku cuba beri yang terbaik. Plus, ada kawan aku ni cakap emel kerja aku dalam Malay thumbs up and aku ada la dapat satu token, dapat nombor dua dalam penulisan koperasi masa tingkatan 4, turut menjadi inspirasi aku untuk terus menulis...Hadeylaa...hahaa...insyaAllah boleh!

Peace yaww!!




Mereka itu Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

          Malam ni, tepat jam 12.00 malam, aku mulakan tintaku. Terasa banyak sangat perasaan bercampur baur ingin aku kongsikan, terlalu banyak pedoman aku dapat hanya dalam satu malam. Terus aku capai laptop aku agar dapat melakar tintaku sebaik sahaja tiba di rumah. Setibanya aku di rumah, gelap gelita...iyalah, jam menunjukkan hampir jam 12. Aku rasa bertuah masih dipilih Allah atas jalan dakwah ini, walaupun diri ini seringkali hanyut dengan kelapangan dunia serta lebih selesa dengan sikap selfish. Kononnya, bila mencari dan mengkaji, lalu sedapkan hati, biasalah, Aku introvert person, aku lebih suka bersendirian and bla bla bla. Tetapi apabila sikap aku lihat ada memberi impak buruk kepada sahabat sekeliling, aku mula berfikir kembali. Kerana aku sendiri juga tidak suka diperlakukan dengan sahabat yang tiba-tiba moody dan sebagainya. Banyak benda perlu aku improve dalam diri, sampai kadangkala aku sendiri tak kenal diri aku. Berubah-ubah mengikut masa, tempat dan keadaan. Hati ini dah lama berhajat dan jumpa pakar psikologi. Hahaa. Aku perlukan seseorang yang mampu tegur ego aku. Mampu ingatkan aku saat aku tersangat selfish. Bimbing aku saat sikap perfectionist aku memuncak hingga takut untuk mengambil sebarang tugas dan tanggungjawab kerana takut tak mampu dapat keputusan yang terbaik. itu aku. Mementingkan keputusan. Jadi sahabat, tolong bimbing dan tegur aku. Ya Allah, makbulkanlah doa hambamu ini kerana hingga saat ini, hambamu ini tidak pernah menyatakan hasratnya ini kepada sesiapa. Pendek kata, aku tiada teman istimewa yang memahami betul-betul diri aku yang sebenarnya memerlukan bimbingan dan dorongan. Yang aku punya cuma mereka teman-teman yang aku sentiasa jaga perasaan mereka. Susah untuk aku menjadi diri sendiri apabila bersama manusia yang lain. Untuk lebih mengenali personalitiku, boleh refer kajian Dr. Fadhilah Kamsah ni. Serius, hampir 99% kajian beliau untuk personaliti bulan Januari mengena pada diriku.

http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/03/rahsia-bulan-kelahiran-mengikut-kajian.html

          Okay, cukup tentang diriku. Motif sebenar beriya-iya aku nak menulis ini sebenarnya..banyak! Yang pertama tentang Kak S. Nak dijadikan cerita, setelah sekian lama tak jumpa kak A, malam ni Kak A bawak kereta, alhamdulillah boleh bawa aku ke tempat usrah remaja malam ni. Aku gantikan Kak S malam ni sebab dia pulang ke kampung. Takdir aku bersama kak A malam ni pun atas asbab kak S yang cuba approach Kak A bawa kereta, untuk bawa aku ke usrah. Kak S sangat risau sebab aku seorang malam ni pergi usrah dari kawasan flat ini.


Hasil carian imej untuk sahabat muslimah sejati
kerana ukhuwah kerana Allah itu sangat indah.


          Dalam kereta, aku berbual dengan kak A. Kak A menyatakan kesedihannya. Yalah, Kak S bakal meninggalkan kami semua sahabatnya di KL ni. Kak S telah ambil keputusan untuk berhenti kerjanya sekarang, kerja di company international yang waktu kerjanya gila tak menentu. Saat warga kota menikmati nafas cuti-cuti umum di Malaysia, Kak S menjalankan rutin kerjanya, syarikat international kan! Sampai satu tahap Kak S nekad. Dia akan berhenti 1.5.2015 hari pekerja nanti, mudah untuk dia angkut barang ke kampung. Dia nekad untuk berhenti dari rutin kerja penat dan menggila ini, untuk berbakti, menjaga dan bersama kedua orang tuanya yang kesihatannya semakin susut. Kalau mahu diceritakan peribadinya, pengorbanannya terhadap keluarganya dan sahabat-sahabat sekeliling, tidak terucap segalanya di sini.

          Ya, kami di sini, sahabat-sahabatnya memang akan terasa kehilangannya nanti. Kak S akan mendahulukan sahabat lebih dari dirinya. Amat menjaga perasaan orang lain. Selalu mengingatkan apabila ada yang alpa. Yang paling penting, selalu ketawa meraikan lawak nakalku. Senyum. Ada satu tahap, aku pernah mengomel dalam diri, Kak S ni baik sangat. Sampai tugasan sepatutnya orang lain punya, dia tolong buatkan. Bukan sepatutnya kerja dia pun, kadang-kadang dia minta maaf sebab tak buat perkara tersebut. Allah hai...Kak S. Kadang-kadang aku yang muda ni pula nampak keterlaluan kadang-kadang ada tegur dia, kerana dia terlalu baik.



Ya Rasulullah wahai insan yang paling mulia, indah lagi akhlak dan budi baikmu terhadap masyarakat sekelilingmu. Biarpun dicaci, difitnah dilukai disakiti hingga berdarah-darah, aku dengar, dengan balasan akhlak muliamu telah menarik musuh-musuhmu kepada Islam. 


          Hingga saat ini, aku berfikir kembali, mungkin kita lihat mereka yang berakhlak terlalu baik ini kadang-kadang lemah, orang boleh buat apa sahaja ke atas diri mereka, tetapi ternyata tidak. Betapa besar kesan kak S kepada kami yang tidak kira watak dan personaliti bagaimanapun. Walaupun aku tidak mampu jadi sebaik dia, tetapi aku nampak dan aku rasa akan kesannya. Begitulah aku terbayangkan akhlak Rasulullah saw. Ya Rasulullah wahai insan yang paling mulia, indah lagi akhlak dan budi baikmu terhadap masyarakat sekelilingmu. Biarpun dicaci, difitnah dilukai disakiti hingga berdarah-darah, aku dengar, dengan balasan akhlak muliamu telah menarik musuh-musuhmu kepada Islam. Aku tahu akan sirah perjuanganmu, serta akhlakmu... ya Rasulullah, kebaikan dirimu tidak pernah menjatuhkan dirimu, malah mulianya darjatmu dengan akhlak terpujimu.














Tuesday, 3 March 2015

Apa Khabar Rohaniku?

Allahuakbar! Setelah sekian lama tidak menulis, diuji pula penulisan sebelum ini tiba-tiba hilang,

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku mulakan..

          Aku suka memerhati dan berfikir, Alhamdulillah ini kelebihan yang Allah berikan. Aku mesti manfaatkan sebaiknya, dan orang lain juga perlu mendapatkan manfaat darinya. Ini saham aku.

         Semalam, aku dipilih oleh Allah untuk menghadiri halaqah Kusyuk Solat, yang selalu dikelolakan oleh ustazah Nora. Ah diriku! Sebenarnya beberapa kali sudah housemate aku menyuarakan tentang kewujudan program ini, tetapi aku akur dalam mencari alasan, "Oh, tengoklah nanti, kalau sempat saya pergi, saya balik kerja sampai area rumah pun dah dekat 6.30.." balasku, memandangkan program yang diaturkan bermula jam 5.00 hingga maghrib.

          Tetapi semalam hari selasa, tiada lagi alasan buatku. Dapat mesej dalam group whatsapp yang mengatakan halaqah Kusyuk Solat berubah tempat dari TNB Bangsar ke Hotel Armada 2 Sentral (begitulah kot namanya, malas nak recheck dalam whatsapp...okay, malas lagi!!) yang lokasi hotel ini hanya bersebelahan pejabatku TM Brickfields. Baik, sekarang apa lagi alasan kamu mahu sorokkan dari Tuhan? Malu...Aku buang rasa malas nafsu hasutan syaitan. Walaupun hati ini merasakan tiada passion untuk hadir dek kelemahan iman saat ini, Aku sahut peluang Allah ini. dan hakikatnya, Allah masih pilih aku! Alhamdulillah!

          Lalu aku teringat, entah kata-kata siapa aku tak ingat. Pulak dah...tapi biar perkataannya aku ingat sebagai panduan hidup. Katanya lebih kurang begini...Sedar atau tidak, saat lemahnya iman, kita selalu mengelakkan majlis-majlis ilmu, tambah lagi tetiba diberi tugasan untuk menyampaikan ilmu agama, seperti diberi tugasan untuk ganti naqibah atau sebagainya, mahu jumpa sahabat-sahabat seiman yang bakal mengajak kita ke taman-taman syurga lagilah rasa mahu kuarantin diri. Adakalanya, syaitan menghasut kita agar rimas dengan ajakan kebaikan ini, sehingga menyedihkan, kita sanggup menipu dan adakalanya menyakitkan hati sahabat-sahabat baik ini di mana kita pernah berkumpul bersama, senyum dan bahagia saling mengingatkan pada janji Illahi.



Antara 7 golongan yang akan mendapat syafaat Allah 
di Padang Mahsyar,salah satunya adalah mereka yang berkasih sayang 
kerana Allah,bertemu dan berpisah untuk mendapatkan keredhaan Allah.




 



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin diri dan harta mereka
dengan memberikan surga untuk mereka.

Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu
telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan Al
Quran. Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar. Mereka itu adalah
orang-orang yang bertaubat, yang
beribadat, yang memuji, yang melawat,
yang ruku', yang sujud, yang menyuruh
berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat
munkar dan yang memelihara hukum-hukum
Allah. Dan gembirakanlah orang-orang
mukmin itu." [QS.At-Taubah:111-112]

.
.
.
.
dan banyak lagi ayat-ayat suci kita semaikan dalam hati bersama...

          Dan, Alhamdulillah syukur lagi sekali, kehadiranku pada halaqah kali ini banyak mengetuk pintu hatiku supaya merenung kembali kehidupanku saat ini.

          Satu, ucapan ustaz yang mengesan di hati adalah, apabila beliau mengambil limau yang beliau perasaan keberadaannya di dalam bilik tersebut, lalu mengoyakkan kulit limau itu dan melemparkannya ke lantai. Itulah perumpamaannya diri kita. Yang akan pulang mengadap Allah nanti adalah isi dalam diri, yakni Roh kita. Jasad yang selama ini kita jaga, tempelkan produk mahal untuk menjaga kecantikan, belikan pakaian indah dan mahal buat jasad berjalan megah, semburan yang mahal mewangi...yang pada suatu hari, pada akhirnya hanya akan dikuburkan di dalam tanah. Kita tidak pernah hirau akan kecantikan rohani kita. Di saat jasmani kita santapkan dengan makanan-makanan mahal dan mewah, hingga jasad terbaring malas...apa kita fikir akan rohani kita yang semakin kurus lesu tanpa makanannya? Astaghfirullah...ampuni hambamu yang leka dan alpa ya Allah. Aku tidak mahu rohani yang sakit ini mengadapmu di saat Engkau menjemputku pada bila-bila masa waktunya tiba nanti.


bersambung...