Wednesday, 18 March 2015

Mereka itu sahabat 2


Bismillahirrahmanirrahim...

          Pada aku, setiap kenangan manis dalam jalan dakwah perlu aku paterikan dalam blog ini, walaupun jam menunjukkan jam 1 pagi, dan besoknya sebenarnya aku perlu sedia untuk masak sahur dan bersiap awal pagi ke kerja. Untuk reference aku juga apabila saat rapuhnya diri. Dan inilah manisnya jalan dakwah yang sekian lama tidak aku lalui sejak zaman kampus dulu. Kenangan di mana tahap tawakal dan pergantungan yang amat tinggi hanya pada Allah. Tidak kisah kita tidur pukul berapa, tenangkan diri apabila pernah suatu ketika dahulu kita tidak sempat prepare untuk exam padahal kawan-kawan kita dah siap khatam soalan past year sekali, ulang-alik naik-turun pihak atasan universiti dengan proposal, poster dan lain-lain yang tidak dipersetujui...tapi pada aku, aku ni masih di tahap manja dalam dakwah lagi, sebab kebanyakan test aku sempat prepare, dan aku jarang kena marah dengan pihak atasan universiti dan sebagainya, sebab aku tidak sekental sahabat-sahabat yang lain mahu buat lebih untuk gerak kerja dakwah terus mekar di bumi kampus. 

          Dan apabila aku masuk dunia pekerjaan ini, ada banyaknya juga aku disuap dengan kemudahan dan kelapangan yang kadangkala buat diriku alpa, nafsu membiak mengawal diri mencintai isi dunia, sayangkan diri terutama lebih dari yang lain dengan kata lain terlalu selfish. Benarlah ungkapan hadith Rasulullah saw,


"Ada 2 nikmat yang sering disia-siakan, 
iaitu nikmat sihat dan waktu lapang."
[HR Bukhari]


          Setiap orang pernah merasai nikmat manisnya iman, nikmatnya rasa beribadah kepada Allah, dan apabila hubungan dengan Allah cantik automatik hubungan kita dengan manusia juga akan jadi baik. Kalau kita ada masalah dengan orang, rasa malas nak senyum-senyum, rasa bukan hal aku nak ambil berat pasal orang lain, baiklah, mari kita periksa dan perbaiki hubungan dengan Allah. Jujur, apabila kita jauh daripada Allah kita akan rasa tidak tenang, ada masalah hubungan dengan orang, susah nak bersabar, banyak marah-marah dan lain-lain lagi perkara tak baik. Aku seru diriku dan pembaca, mari kita tundukkan diri sebentar di hadapan Allah, fokus untuk kusyuk yang sebenar-benar dalam solat, dalam hati dan doa merayu pada Allah agar diberikan hati yang sentiasa mengingati Allah, jiwa yang sentiasa merasa dirinya hanya hamba yang hina, hamba yang tidak punya apa-apa melainkan semuanya adalah milik Allah! 


"Ya Allah, Jangan Engkau Biarkan nasib kami 
ditentukan oleh diri kami sendiri,
walau sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih singkat daripada itu..."
[Doa akhir al-mathurat]


          
          Sampai tengah malam tadi Alhamdulillah Allah lorongkan hati aku untuk bantu sahabat buat kerja kawasannya. Allah lorongkan hatiku yang masih mencari kekuatan dalam membangun diri untuk keluar dari jahiliyyahku. Dan apabila aku membantu mereka, tenang hatiku, daripada aku runsing assignment aku yang aku puntak tahu tambah malas nak mulakan. Tidak aku nafikan, sebelum ni ada pernah aku cuba elakkan diri daripada mereka yang kadang-kadang ajak program atau usrah yang aku rasa tidak kait dengan diri lalu aku cari alasan untuk tolak, Allah, jahilnya diri padahal itu semua ilmu. Masa itu aku cuba elakkan diri dari mereka, kalau nak bersua muka untuk senyum pun aku larikan diri, memang masa tu aku bingung tapi mungkin ego dan nafsu memandu diri untuk terus begitu. Hingga saat aku penat untuk berkelakuan begini, aku juga berfikir kena aku tidak suka akan ajakan mereka padahal aku tahu ianya baik, tika itu aku jadi kurang suka dan mahu lari dari mereka, lalu aku fikir kenapa aku perlu berkelakuan begitu sedangkan aku kenal mereka orang baik? Ya, aku tahu aku yang sedang bermasalah, aku perlu tundukkan sikit demi sedikit hatiku pada pencipta dan melangkah kaki semula ke jalan juang agamanya. Perlahan-perlahan. Bina kefahaman. Kerana hanya dengan faham sesuatu perkara seseorang akan istiqamah dengan apa yang dilakukannya. Yang paling penting, cari dan kelilingi diri kita dengan orang baik kerana sahabat sekeliling kita juga menjadi faktor corakkan siapa diri kita.






          Berbalik pada tajuk yang tertera mula-mula di atas, sebenarnya aku nak kongsikan kegembiraan apabila dapat bantu sahabat buat kerja jemaah sama-sama tadi :) Kembali aura positif aku apabila agak lama murung (laa jugak) dengan sikap menyendiri aku dan malas bergaul. Ya, mereka kawan yang baik yang perlu aku hargai. Kalau ada benda yang aku tak suka aku kena fikir semula dan didik diri. Tadi, buat kerja sama-sama sambil main-main DJ buat pilihan lagu-lagu nasyid, hiburan yang mendekatkan kita kepada Allah kerana makna liriknya sendiri, dan aku menjadi diriku dengan senda gurau bersama sahabat...Alhamdulillah...Akan aku didik diri ini menuju redha Allah dalam persediaan sebelum nyawaku dicabut entah bila-bila masa boleh jadinya...


Wallahu`alam ~~~




No comments:

Post a Comment