Malam ni, tepat jam 12.00 malam, aku mulakan tintaku. Terasa banyak sangat perasaan bercampur baur ingin aku kongsikan, terlalu banyak pedoman aku dapat hanya dalam satu malam. Terus aku capai laptop aku agar dapat melakar tintaku sebaik sahaja tiba di rumah. Setibanya aku di rumah, gelap gelita...iyalah, jam menunjukkan hampir jam 12. Aku rasa bertuah masih dipilih Allah atas jalan dakwah ini, walaupun diri ini seringkali hanyut dengan kelapangan dunia serta lebih selesa dengan sikap selfish. Kononnya, bila mencari dan mengkaji, lalu sedapkan hati, biasalah, Aku introvert person, aku lebih suka bersendirian and bla bla bla. Tetapi apabila sikap aku lihat ada memberi impak buruk kepada sahabat sekeliling, aku mula berfikir kembali. Kerana aku sendiri juga tidak suka diperlakukan dengan sahabat yang tiba-tiba moody dan sebagainya. Banyak benda perlu aku improve dalam diri, sampai kadangkala aku sendiri tak kenal diri aku. Berubah-ubah mengikut masa, tempat dan keadaan. Hati ini dah lama berhajat dan jumpa pakar psikologi. Hahaa. Aku perlukan seseorang yang mampu tegur ego aku. Mampu ingatkan aku saat aku tersangat selfish. Bimbing aku saat sikap perfectionist aku memuncak hingga takut untuk mengambil sebarang tugas dan tanggungjawab kerana takut tak mampu dapat keputusan yang terbaik. itu aku. Mementingkan keputusan. Jadi sahabat, tolong bimbing dan tegur aku. Ya Allah, makbulkanlah doa hambamu ini kerana hingga saat ini, hambamu ini tidak pernah menyatakan hasratnya ini kepada sesiapa. Pendek kata, aku tiada teman istimewa yang memahami betul-betul diri aku yang sebenarnya memerlukan bimbingan dan dorongan. Yang aku punya cuma mereka teman-teman yang aku sentiasa jaga perasaan mereka. Susah untuk aku menjadi diri sendiri apabila bersama manusia yang lain. Untuk lebih mengenali personalitiku, boleh refer kajian Dr. Fadhilah Kamsah ni. Serius, hampir 99% kajian beliau untuk personaliti bulan Januari mengena pada diriku.
http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/03/rahsia-bulan-kelahiran-mengikut-kajian.html
Okay, cukup tentang diriku. Motif sebenar beriya-iya aku nak menulis ini sebenarnya..banyak! Yang pertama tentang Kak S. Nak dijadikan cerita, setelah sekian lama tak jumpa kak A, malam ni Kak A bawak kereta, alhamdulillah boleh bawa aku ke tempat usrah remaja malam ni. Aku gantikan Kak S malam ni sebab dia pulang ke kampung. Takdir aku bersama kak A malam ni pun atas asbab kak S yang cuba approach Kak A bawa kereta, untuk bawa aku ke usrah. Kak S sangat risau sebab aku seorang malam ni pergi usrah dari kawasan flat ini.
kerana ukhuwah kerana Allah itu sangat indah. |
Dalam kereta, aku berbual dengan kak A. Kak A menyatakan kesedihannya. Yalah, Kak S bakal meninggalkan kami semua sahabatnya di KL ni. Kak S telah ambil keputusan untuk berhenti kerjanya sekarang, kerja di company international yang waktu kerjanya gila tak menentu. Saat warga kota menikmati nafas cuti-cuti umum di Malaysia, Kak S menjalankan rutin kerjanya, syarikat international kan! Sampai satu tahap Kak S nekad. Dia akan berhenti 1.5.2015 hari pekerja nanti, mudah untuk dia angkut barang ke kampung. Dia nekad untuk berhenti dari rutin kerja penat dan menggila ini, untuk berbakti, menjaga dan bersama kedua orang tuanya yang kesihatannya semakin susut. Kalau mahu diceritakan peribadinya, pengorbanannya terhadap keluarganya dan sahabat-sahabat sekeliling, tidak terucap segalanya di sini.
Ya, kami di sini, sahabat-sahabatnya memang akan terasa kehilangannya nanti. Kak S akan mendahulukan sahabat lebih dari dirinya. Amat menjaga perasaan orang lain. Selalu mengingatkan apabila ada yang alpa. Yang paling penting, selalu ketawa meraikan lawak nakalku. Senyum. Ada satu tahap, aku pernah mengomel dalam diri, Kak S ni baik sangat. Sampai tugasan sepatutnya orang lain punya, dia tolong buatkan. Bukan sepatutnya kerja dia pun, kadang-kadang dia minta maaf sebab tak buat perkara tersebut. Allah hai...Kak S. Kadang-kadang aku yang muda ni pula nampak keterlaluan kadang-kadang ada tegur dia, kerana dia terlalu baik.
Ya Rasulullah wahai insan yang paling mulia, indah lagi akhlak dan budi baikmu terhadap masyarakat sekelilingmu. Biarpun dicaci, difitnah dilukai disakiti hingga berdarah-darah, aku dengar, dengan balasan akhlak muliamu telah menarik musuh-musuhmu kepada Islam.
Hingga saat ini, aku berfikir kembali, mungkin kita lihat mereka yang berakhlak terlalu baik ini kadang-kadang lemah, orang boleh buat apa sahaja ke atas diri mereka, tetapi ternyata tidak. Betapa besar kesan kak S kepada kami yang tidak kira watak dan personaliti bagaimanapun. Walaupun aku tidak mampu jadi sebaik dia, tetapi aku nampak dan aku rasa akan kesannya. Begitulah aku terbayangkan akhlak Rasulullah saw. Ya Rasulullah wahai insan yang paling mulia, indah lagi akhlak dan budi baikmu terhadap masyarakat sekelilingmu. Biarpun dicaci, difitnah dilukai disakiti hingga berdarah-darah, aku dengar, dengan balasan akhlak muliamu telah menarik musuh-musuhmu kepada Islam. Aku tahu akan sirah perjuanganmu, serta akhlakmu... ya Rasulullah, kebaikan dirimu tidak pernah menjatuhkan dirimu, malah mulianya darjatmu dengan akhlak terpujimu.
No comments:
Post a Comment