Sunday, 15 March 2015

Haishh, malas giloss!!

Bismillahirrahmanirrahim...

          Malas. Hmmm serius malas ni penyakit yang sangat kronik yang setiap orang pernah alami. Dan sebagai manusia, imannya tidak pernah statik pada suatu takat. Pasti ada naik turunnya. Antara punca yang membawa kepada lemahnya iman seseorang adalah sikap malas! Yang pastinya juga sikap malas ini hasil hasutan syaitan. Iyalah, benda-benda tak baik ni mestilah dari syaitan laknatullah kan! Ehh....tapi tak juga, baru-baru ni aku ada terbaca tafsir ni, nanti rujuk bawah (cer tengok ayat kat bawah kaler merah-merah tu). Haaa, hangpa punyalah dok salahkan syaitan, asal hangpa terbuat benda tak elok jaa, salah setan! Asal hangpa terjerumus ja, salah setan! Hangpa tengok nanti apa setan jawab depan Allah di akhirat nanti.


(Syaitan) yang menyertainya (berkata) :
"Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkan,
tetapi dia sendiri yang berada dalam kesesatan yang jauh."
[Al-Qaf : 27]


           Sebenarnya, bisikan syaitan itu lemah. Sebab dia mampu bisik ja. Yang memilih melakukannya adalah kita. Periksa iman kita. Yang pastinya, kita takkan pernah lari dari dosa kesalahan, iman kita tidak selalu berada di puncak. Ya, mungkin kita akan tersungkur, bangun semula. Dan tersungkur lagi! Pernah seorang penceramah ni berkata, Dosa itu nikmat! Huishh biaq betoi?? Yes, memang betui itu aku biarkan dia. (okay, motip?) Merujuk buku 'La Tahzan' karangan Dr. Aidh membicarakan, Dosa itu nikmat sekiranya disusuli dengan taubat kepada Allah. Serius, orang yang benar-benar merasai nikmat taubat itu, di mana diri yang hina ini hanya ada Allah yang maha pengampun, manis dan tenang saat itu. Sentiasa aku ingat juga kata-kata Ustaz Adnin Roslin penulis page 'Tarbiyah Sentap', lazimilah taubat sebagaimana lazimnya kita berbuat dosa. Setiap kali kita sedar kita melakukan dosa, kita bertaubat dan kembali pada Allah. InsyaAllah, apabila kita melazimi taubat sebaik lepas melakukan dosa, lama-lama malu kita untuk kembali berbuat dosa tersebut. Jangan malu untuk bertaubat, tapi malulah masih mengulangi dosa tersebut setelah bertaubat.

          Huishh, muqadimah aku! niat asal nak tulis pasal malas jaa, Alhamdulillah Allah tambah idea dan ilhamku dalam menulis. Sorry, aku masih baru dalam menulis. Dan aku menulis ni tak ada perancangan langsung, mana pendahuluan ka, isi ka, konklusi ka. Berbekalkan beberapa point daripada pemerhatian aku, aku rajinkan diri untuk membuka laptop, dan membiarkan jari-jemari berboria atas keyboard dengan ilhamnya.

          Aku lihat, dan aku rasa. Malas ini serius menggendalakan setiap aktiviti harian kita. Contoh, nak baca buku, "Sat laa, aku malaih laaa, tak dak mood", tapi hakikatnya, dalam kemalasan itu, boleh pula kita baring sambil scroll laman media sosial kita hingga berjam-jam lamanya! (fb, instagram, twiterrr dan sekutu dengannya). Tak pun tidur berlebihan melebihi waktu tidur seorang bayi ataupun melebihi waktu tidur beruang kutub utara! Allah, jika kita bayangkan, sayangnya masa-masa kita itu kan? Kita sedar akan sesalan kehilangan waktu dan saat itu, tapi segalanya masih terserah pada diri mahu kekal dalam comfort zone yang sama atau jihad mengubah diri. Kerana jihad yang paling besar itu adalah jihad melawan nafsu sendiri, taw!!


"Kerana jihad yang paling besar itu adalah jihad melawan nafsu sendiri, taw!!"


          Perasan atau tidak, kemalasan ini boleh kita semak dengan solat kita juga. Selalunya kemalasan ini membuat kita sering bertangguh melakukan solat dan mungkin kurang kualiti kusyuk. Coba! Antara salah satu tips untuk kembalikan kerajinan kita adalah dengan menjaga solat. Sesuatu yang kita rela ke atasnya tanpa dipaksa melakukannya, pasti kita ringan dan bersungguh dalam melakukannya. InsyaAllah, jika kita betul-betul ambil berat untuk menjadikan solat kita itu benar-benar kusyuk, hanya ada tautan hati daripada hamba yang dhaif kepada Pencipta makhluk dan sekalian alam, ketenangan dan kelapangan hati yang peroleh dari solat, insyaAllah tubuh akan turut ringan mengerjakan perkerjaan lain. Jom check solat kita!


Jom perbaiki solat kita, insyaAllah boleh!


          Nak sentuh berkaitan part bersungguh-sungguh tadi, serius, nak dapat positive value ni bukan kita start time tu, terus dapat time tu. Macam, rajin, kusyuk, berlapang dada dan sebagainya. It takes time! Kalau dapat terus dengan cepat tu bersyukurlah. Dalam dan mencari kusyuk solat juga, actually banyak cara dan tipsdah dibincangkan. Boleh tanya syeikh Google dan tonton rakaman ceramah Pak Ostad dalam Youtube. Ini ada antara common tips kusyuk solat, aku dapat daripada Kelas Penghayatan Solat yang perceramahnya adalah penulis Pak Abu Sangkan, penulis buku 'Kusyuk yang Hilang'. link. Tapi antara cara lain untuk mendapatkan kusyuk sebenarnya, kita didik diri kita untuk beri komitmen melakukan perkara sunat sebelum dan selepas solat. Sebagai contoh, sunnah bersugi atau mandi sebelum solat. Atleast bersugi lah, kita cuba rutinkan. InsyaAllah, kita rasa lebih komited untuk melakukan solat. Bersugi ni nampak simple tapi amatlah menguji untuk dirutinkan secara istiqamah. Selain itu, semai kusyuk juga ketika berwuduk, ketika baca doa selepas berwuduk, yakni berdiri menghadap kiblat sambil menadah tangan (bukan berdoa sambil berjalan dan mulut terkumat-kamit), berwirid dan berselawat selepas solat dan lain-lain lagi. InsyaAllah kita cuba amalkan ya! Saya sendiri masih berjihad ke arah itu :')


"Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua... :)"


          Aku perhati dan aku berfikir. Apabila malas longlai tubuhku, solat penghubungku dengan Penciptaku juga tak menentu. Apabila aku jaga dan berusaha memelihara kualiti solatku yang terbaik, Alhamdulillah, lebih bersemangat dan cergas mengerjakan urusan lain. 

          Dan...satu lagi tips untuk kita pahatkan dalam otak dan minda! Ni haa, ayat quran ni. Untuk kita lebih bermotivasi menjadi mukmin cemerlang, cergas dan cerdas!


"Maka apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu urusan), 
tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)."
[Al-Syarh : 7]

Mukmin cemerlang!!


No comments:

Post a Comment