Sunday, 15 March 2015

Nasyid Parodi


Bismillahirrahmanirrahim...

         
          Sebenarnya petang tadi, sedang merilek-rilek, saya rasa kurang rajin untuk membaca, dok online rasanya banyak masa dah terbuang kat situ sebelumnya itu, jadi saya 'youtube' lagu-lagu nasyid untuk menyemarakkan semula iman yang me-layu. Bagi saya, saya lebih suka melakukan perkara yang memberi faedah untuk pembangunan diri. Dan sekarang baru tahu minat diri ini menjurus ke arah kaunseling dan pembangunan insan, tetapi Allah aturkan perjalanan hidup ini sekarang yang lebih baik berbanding pengetahuanku.

          Yang paling saya tertarik adalah lagu-lagu nasyid hasil parodi daripada lagu-lagu hitz terkemuka tanah air. Iaitu paling famous lagu nasyid hasil gubahan Mr.Bie. Tidak dinafikan, lagu-lagu yang dimainkan di radio-radio tanah air memang tidak dapat disangkal menjadi halwa telinga masyarakat, tetapi adakalanya, mesej dalam lirik tersebut tidak mampu untuk mengingatkan masyarakat kepada Sang Pencipta malahan lebih banyak lagu-lagu yang dicipta menghanyutkan masyarakat dalam cinta manusia. Jadi, salah satu usaha untuk menggubah lagu-lagu pilihan masyarakat kepada lirik yang bermanfaat, mengingatkan kita kepada Allah serta menghidupkan hati, adalah suatu usaha yang perlu diikuti kerana ini juga salah satu usaha dakwah. Kerana dakwah itu fleksibel dan subjektif. Bukan sekadar ceramah-ceramah.


"Kerana dakwah itu fleksibel dan subjektif."


          Lagi sekali, lagu-lagu di radio tempatan ni sedap kot! Tambah-tambah yang masuk carta top 10. Muziknya sedap didengar tetapi sayang...akan liriknya kan? Memang terdapat fenomena, para daie dan pendakwah pun layan sahaja lagu-lagu ni, lagu cintan cintun oleh sebab muziknya. Oleh itu, bagi saya penting untuk ada alternatif untuk menggubah lagu seiring dengan liriknya yang indah berdasarkan fitrah manusia hidup bertuhan. Islam bukan sekadar pada solat, puasa, zakat dan sebagainya, tetapi Islam itu cara hidup seharian kita. Daripada apa yang kita pakai, apa yang kita makan, apa yang kita cakap, apa yang kita dengar dan keseluruhannya. 


"Islam bukan sekadar pada solat, puasa, zakat dan sebagainya, 
tetapi Islam itu cara hidup seharian kita."


          Antara banyak-banyak lagu Mr. Bie, saya selalu mainkan lagu 'Sonata Musim Salju' yang digubah liriknya membawa pendengar untuk menyuburkan kerinduan kepada Rasulullah saw. Serius, agak-agak bila alpa, saya akan dengar lagu ini. Boleh menitis air mata jika benar-benar dihayati. Antara lain, banyak lagi lagu-lagu berunsur dakwah dan isu semasa. Sangat comel dengan kombinasi suara Adik C :) 

Rasulullah :')


          Dan...dah agak lama saya tak update tentang lagu-lagu gubahan Mr. Bie ni. Petang tadi perasan ada lagu baru. Tak pasti samaada saya yang xpernah dengar, tapi rasanya baru ni. hehe. 


Malaikat - yang ini boleh bagi dengar kat kanak-kanak.



Lagu jiwang mana ntah ni digubah berdasarkan isu semasa...muehehe


          Saya teringat akan kata-kata seorang penceramah ni, "Cubalah kita hargai hasil usaha mereka yang menghasilkan lagu-lagu nasyid ni!". Dengar macam garang tak? Ya, sebab penulis page Tarbiyah Sentap yang kata, saya ingat lagi. Hehe. Betul, lagu-lagu nasyid pun tak kurang hebatnya pun sekarang, dengan pengiktirafan antarabangsa seperti lagu-lagu Maher Zain, Farid Sanullah dan lain-lain lagi. Lagu nasyid sekarang pun dah up to date, serius sedap! Kalian boleh search je kumpulan-kumpulan nasyid terkemuka seperti Inteam, UNIC, Devotees, Fetya dan lain-lain. Kumpulan Nasyid yang lama atau telah wujud lama seperti Rabbani, Hijjaz, Raihan, Mestica, Saujana pun masih boleh didengarkan nasyidnya. Hakikatnya, walaupun nasyid-nasyid lama ini macam slow, terlalu nampak nasyidnya, tetapi nasyid begini masih menjadi pilihan kerana lirik dan maknanya lebih menusuk kalbu.



muzik nasyid ni ala-ala jiwang sikit tapi best!



nasyid lama yang menusuk kalbu :')



          Akhir kalam, Allah kurniakan setiap manusia itu dengan kelebihan yang berbeza. So, spread da'wah with your own way! Eh, tulis blog yang bermanfaat juga dakwah taw, dan menjadi saham di akhirat kelak, apabila semua orang berterusan dapat manfaat dari blog kita. 


:)







No comments:

Post a Comment